#roadtrip 6H5M di sekitar Melbourne (tempat menarik PERCUMA) - Hari Kedua (petang)


Otway National Park - Marengo Reef Marine Sanctuary (MRMS) - Marriner's Lookout - Kennett River - Cumberland River - Erskine Fall - Lorne Swing Bridge - Anglesea Golf Club

Setelah menikmati rendang di Kennett River bersama koala dan King Parrots, teruskan perjalanan anda ke Cumberland River pula. Ke is time wa an sungai ini adalah keindahan dinding granite di sisihkan kirinya (lihat gambar di bawah). Anda boleh menghulu sungai ini selagi tidak memasuki kawasan campsite.
Cumberland River



Erskine Fall

Untuk ke Lorne Swing Bridge ini anda perlu memasuki kawasan campsite berbayar dan perlu berhati-hati dengan dahan pokok yang membentuk seperti terowong. Ada boardwalk untuk bersiar-siar selain daripada jambatan gantung ini. Tandas awam juga disediakan. Sesuai untuk solat dan minum petang.
Lorne Swing Bridge

Bandar terakhir/pertama di Great Ocean Road ini terkenal dengan padang golf yang didiami oleh kangaroo liar. Anda boleh melihat/bermain dengan kangaroo di sini selagi anda tidak masuk ke kawasan hijau (padang golf)
Anglesea Golf Club

No comments: